Enam individu direman seminggu bantu siasatan kes culik

KUALA LUMPUR - Enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan dua warga asing di Alor Setar, Kedah kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar ketika dihubungi berkata, mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 20-an hingga 40-an yang ditahan sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Kesemuanya direman hingga 14 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan,” katanya.
Semalam, dua lelaki dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika operasi menyelamatkan dua mangsa culik di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar kira-kira 8.40 malam.
Dalam operasi itu, polis turut menyelamatkan dua mangsa culik iaitu seorang lelaki dan wanita warga asing masing-masing berusia lingkungan 70-an dan 30-an yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup serta tangan bergari.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
