X

Kindly register in order to view this article
!

JKN Pulau Pinang terima 1,200 naskhah al-Quran

Mohd Taufek menyerahkan 1,200 naskah al-Quran kepada Asmayani.
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang menerima 1,500 naskhah al-Quran dari Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Ibu Pejabat JKN Pulau Pinang, Bangunan Mara, Pengkalan Weld di sini hari ini.

Kesemua naskhah al-Quran itu merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak sempena Program Wakaf al-Quran Mu'jam oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi lain iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), TV Al Hijrah, Majlis Dakwah Negara, Sinar Harian, Ideaktiv dan Rumah Ngaji.

Sumbangan itu disampaikan Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Mohd Taufek Abdul Rahman kepada Pengarah JKN Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib.

Asmayani berkata, pihaknya amat terharu dan berterima kasih dengan pemberian al-Quran itu yang akan diagihkan kepada semua hospital dan pejabat kesihatan daerah selain pejabat pergigian daerah.

Asmayani (tiga dari kanan) mewakili JKN Pulau Pinang menerima 1,200 naskah al-Quran dari WUIF tadi.
Asmayani (tiga dari kanan) mewakili JKN Pulau Pinang menerima 1,200 naskah al-Quran dari WUIF tadi.

Menurutnya, sumbangan itu akan digunakan sebaik mungkin oleh semua kakitangan JKN Pulau Pinang.

"Sebenarnya di Pulau Pinang sudah mula inisiatif dengan hospital mesra ibadah beberapa tahun lalu. Pada saya, selain memberi perkhidmatan kepada orang ramai, tanggungjawab rohaniah dan unsur keagamaan tidak boleh diabaikan.

"Di Pulau Pinang kita ada enam hospital, klinik-klinik kesihatan di bawah pejabat kesihatan daerah dan pejabat pergigian daerah. Dari segi pembahagian, saya akan tubuhkan satu pasukan untuk menguruskan pembahagian ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini tadi.

Sementara itu, Mohd Taufek berkata, semua al-Quran terjemahan mu'jam itu akan diedarkan oleh JKN Pulau Pinang di semua hospital dan pejabat kesihatan daerah mengikut jumlah kakitangan selain pesakit.

"Kita serah 1,500 naskhah dan ia terpulang kepada Asmayani untuk mengedarkannya. Mungkin 500 naskhah boleh diberi kepada individu seperti doktor pakar, doktor atau jururawat.

"Selebihnya, mungkin boleh wujudkan Quran Corner supaya semua boleh memanfaatkannya. Diharapkan dengan penyerahan ini, ia memberi manfaat kepada semua kakitangan di bawah JKN Pulau Pinang," katanya.

Asmayani sedang melihat al-Quran terjemahan mu'jam yang diterimanya.
Asmayani sedang melihat al-Quran terjemahan mu'jam yang diterimanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus