Mayat bekas banduan terapung di Sungai Perik

Polis tiba di lokasi kejadian penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Perik, Kampung Bukit Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang semalam.
Polis tiba di lokasi kejadian penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Perik, Kampung Bukit Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang semalam.
A
A
A

KUALA NERANG - Seorang bekas banduan ditemui mati terapung di Sungai Perik, Kampung Bukit Mukim Kurong Hitam kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 42 tahun itu tinggal di Kampung Bukit Mukim Kurong Hitam dan tidak bekerja.

Menurutnya, lelaki tersebut juga baru sahaja bebas dari penjara kira-kira dua minggu lalu kerana terlibat dengan kes jenayah.

"Adik mangsa memaklumkan sudah empat hari mangsa yang juga menghidap penyakit tibi itu menghilangkan diri.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan tiada kecederaan pada mayat. Mayat dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Noh berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: