Pemangku Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam Singapura letak jawatan atas alasan peribadi

Muhammad Faishal meletakkan jawatan daripada jawatan menteri dan politiknya berkuat kuasa Isnin. Foto Fail/Reuters
Muhammad Faishal meletakkan jawatan daripada jawatan menteri dan politiknya berkuat kuasa Isnin. Foto Fail/Reuters
A
A
A

SINGAPURA - Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, meletakkan jawatan daripada jawatan menteri dan politiknya berkuat kuasa Isnin.

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata dalam satu kenyataan bahawa peletakan jawatan Muhammad Faishal adalah atas alasan peribadi.

Muhammad Faishal juga berkhidmat sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Ahli Parlimen (AP) bagi Marine Parade-Braddell Heights serta anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Lawrence berkata, Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad akan dilantik sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!