LZNK tidak ambil deposit

Syeikh Zakaria
Syeikh Zakaria
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menafikan mengambil pendahuluan atau deposit untuk sebarang kelulusan bantuan dari orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk orang awam memohon bantuan kepada Zakat Kedah.

Menurutnya, tiada sebarang bayaran dikenakan, dan orang ramai yang ingin memohon bantuan zakat boleh terus berjumpa dengan penolong Amil lantikan LZNK di setiap kariah ataupun masjid yang memiliki kad kuasa LZNK.

"Terbaru, seorang penduduk di Kampung Chepoh, Tanjung Seri, di sini, hampir menjadi mangsa penipuan apabila dikatakan didatangi seseorang tidak dikenali, memakai pakaian tidak formal dan mengaku kakitangan LZNK pada Sabtu lepas.

"Hari ini, LZNK menasihati orang ramai terutamanya pemohon bantuan Zakat Kedah supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes penipuan yang melibatkan penyamaran sebagai kakitangan LZNK," katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedia maklum akan kes ini dan telah mengambil langkah sewajarnya bagi memaklumkan kepada pemohon bantuan LZNK supaya perkara ini dapat dielakkan.

“Tidak sewajarnya kes ini berlaku, jadi orang ramai diharapkan berwaspada dengan penampilan individu yang menyamar sebagai kakitangan LZNK, yang mana kakitangan LZNK sebenar dilengkapi dengan kad identiti, kenderaan LZNK yang mempunyai logo LZNK," katanya.

Katanya, beliau merayu kepada orang ramai agar berwaspada dengan kehadiran individu yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Zakat Kedah dan meminta sebarang bayaran sebagai kelulusan bayaran.

Artikel Berkaitan:

Untuk pengesahan kakitangan LZNK, hubungi Pejabat Zakat Daerah berdekatan anda.