BN-PN: Ujian sebenar bukan di meja rundingan, tetapi di peti undi

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang mula memperlihatkan perkembangan baharu di Negeri Sembilan menjadi antara eksperimen politik penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perkembangan itu bukan sekadar membabitkan soal pembahagian kerusi, tetapi turut menguji sejauh mana parti-parti pernah bersaing sengit mampu membentuk persefahaman baharu dalam landskap politik semakin berubah.

Namun, kerjasama tersebut belum boleh dianggap sebagai formula kemenangan kerana kejayaan sesebuah pakatan politik tidak hanya bergantung kepada keputusan kepimpinan, sebaliknya penerimaan pengundi di akar umbi.

Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan lebih bersifat taktikal berbanding penyatuan politik yang benar-benar kukuh.

Menurutnya, matlamat utama kerjasama itu adalah memaksimumkan undi yang menolak Pakatan Harapan (PH), bukannya membentuk satu gabungan baharu dengan kesepaduan ideologi dan struktur politik yang menyeluruh.

Namun cabaran terbesar ialah kebolehan memindahkan sokongan antara parti yang mempunyai sejarah persaingan panjang.

Persetujuan di peringkat kepimpinan tidak semestinya diterjemahkan secara automatik kepada sokongan pengundi.

Dalam konteks BN dan PN, penerimaan penyokong akar umbi menjadi faktor utama kerana UMNO, Pas dan Bersatu sebelum ini mempunyai identiti serta asas sokongan masing-masing yang dibina melalui persaingan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka

Artikel Berkaitan:

Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin

'Formula Johor' boleh jadi resipi BN

Keputusan Bersatu yang dikatakan masih mempertimbangkan penggunaan logo sendiri dalam pertandingan turut menunjukkan setiap parti masih mahu mengekalkan identiti dan ruang pengaruh masing-masing.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRN Negeri Sembilan berkata, kerjasama antara dua gabungan itu akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan baki 11 kerusi daripada 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang belum diumumkan akan ditentukan pihak berkenaan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, BN hanya mengumumkan 25 calon kerana masih menunggu keputusan rundingan dengan 'rakan'.

Perkembangan itu menunjukkan rundingan BN-PN masih tertumpu kepada aspek strategi pertandingan, termasuk pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama yang bakal dipersetujui.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin

DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH

Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi

Namun, formula yang digunakan di Negeri Sembilan tidak semestinya sesuai diterapkan di negeri lain kerana setiap kawasan mempunyai komposisi pengundi, budaya politik dan isu tempatan yang berbeza.

Akhirnya, kejayaan kerjasama BN-PN bukan hanya bergantung kepada persefahaman di peringkat kepimpinan, tetapi sejauh mana kedua-dua gabungan mampu meyakinkan pengundi bahawa penjajaran baharu itu mempunyai nilai politik yang lebih besar.

Menjelang PRU16, perkembangan di Negeri Sembilan akan menjadi ukuran sama ada kerjasama ini mampu berkembang menjadi satu formula politik baharu atau 'turning point' seperti kata Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari atau sekadar strategi sementara menghadapi pilihan raya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!