'Kalau jelas kerjasama dengan PN, elok BN undur dari Kerajaan Perpaduan' - Pemuda Amanah

Mohd Hasbie
Mohd Hasbie
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai alasan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya benar wujud kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, jika kerjasama antara BN-PN, maka gabungan pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan.

"Kalau sudah jelas kerjasama dengan PN, elok BN undur sahaja dari Kerajaan Perpaduan. Tunggu apa lagi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini Ahmad Zahid ketika Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRN Negeri Sembilan memaklumkan, kerjasama antara dua gabungan itu akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan baki 11 kerusi daripada 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang belum diumumkan parti tersebut akan ditentukan oleh pihak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka

Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin

'Formula Johor' boleh jadi resipi BN

'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin

DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH

Artikel Berkaitan:

Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi

Selain itu Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, BN hanya mengumumkan 25 calon kerana masih menunggu keputusan rundingan dengan 'rakan'.

PN menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijadual mengumumkan calon mereka di Kompleks Pas Seremban pada malam Khamis.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kepimpinan BN berhubung dakwaan atau gesaan berkenaan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!