Nahas konvoi RXZ: Pemandu Toyota Vios nafi dakwaan tular, buat laporan polis

Muhammad Irfan tampil menjelaskan bagi memperbetulkan pelbagai dakwaan dan maklumat yang menurutnya tidak tepat.
Muhammad Irfan tampil menjelaskan bagi memperbetulkan pelbagai dakwaan dan maklumat yang menurutnya tidak tepat.
A
A
A

KUANTAN - Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan awal pagi Sabtu tampil menjelaskan bagi memperbetulkan pelbagai dakwaan dan maklumat yang menurutnya tidak tepat.

Menerusi hantaran di Threads, Muhammad Irfan Aziz, 25, mengakui dia yang memandu kereta itu ketika kejadian bukan kakaknya seperti yang tular di media sosial.

Menurutnya, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas melawat ibu saudara yang sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Antara motosikal yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ.
Antara motosikal yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ.

"Ketika melintasi Plaza Tol Kuantan saya nampak sekumpulan penunggang motosikal berkumpul berhampiran plaza tol berkenaan.

"Saya memandu di lorong kanan dengan kelajuan sekitar 110 hingga 120 kilometer sejam manakala kereta berada dalam keadaan baik, bukan rosak seperti yang didakwa sesetengah pihak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPT

Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

Artikel Berkaitan:

Nahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital

Nahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajar

Jelas Muhammad Irfan, dia menyedari sebuah motosikal bergerak laju dari belakang sebelum yang lain tiba dengan kelajuan tinggi sehingga menyebabkan pandangannya silau akibat cahaya lampu.

"Selang beberapa saat, belakang kereta dirempuh hingga saya terpaksa mengawal kenderaan dan mengalihkannya ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

"Selepas itu berlaku kemalangan berantai antara motosikal yang berlanggar sesama sendiri," katanya.

Katanya, selepas memberhentikan kereta, dia sempat merakam situasi di lokasi kejadian menggunakan telefon bimbit, manakala adiknya ketika itu sedang meraung kesakitan akibat kecederaan yang dialami.

Muhammad Irfan menjelaskan, video yang tular memaparkan kakaknya mengeluarkan kata-kata beremosi dirakam ketika mereka masih belum mengetahui ada mangsa yang meninggal dunia.

"Kami memahami perasaan kehilangan kerana ibu meninggal dunia pada November tahun lalu manakala bapa pula telah meninggal dunia tujuh tahun lalu namun ketika itu emosi kami terganggu kerana melihat adik kesakitan," katanya.

Empat penunggang motosikal Yamaha RXZ maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman pada awal pagi Sabtu.
Empat penunggang motosikal Yamaha RXZ maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman pada awal pagi Sabtu.

Dakwanya lagi, adiknya yang cedera terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sementara memberi laluan kepada pasukan perubatan menyelamatkan mangsa lain terlebih dahulu.

Menurutnya, mereka juga memberikan kerjasama mengalihkan kereta bagi memudahkan ambulans memasuki lokasi kejadian dan tidak mendesak supaya adiknya diberikan rawatan terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewat

Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ

'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ

Nahas konvoi RXZ: Mangsa sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah

"Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat berikutan pelbagai maklumat palsu mengenai insiden tersebut tersebar di media sosial," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan dibuat pemandu tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis Kuantan memandang serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!