Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ

DUNGUN - Jenazah dua daripada empat mangsa yang terkorban dalam nahas ngeri membabitkan kumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) selamat dikebumikan pada petang Sabtu.
Jenazah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, di sini sekitar jam 4.45 petang.
Sebelum itu, jenazah berkenaan disolatkan di Masjid Hadhari, Kampung Cacar Baru, di sini.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah kedua-dua mangsa tiba pada jam 4 petang untuk urusan pengebumian.
Kira-kira 300 orang hadir termasuk ahli keluarga, saudara-mara, serta kenalan rapat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-dua Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPT
Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis
Nahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital
Nahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajar
Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewat
Tragedi berdarah awal pagi Sabtu itu mengorbankan empat nyawa penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan berantai membabitkan 12 buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 LPT menghala ke Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tiga daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Dua lagi mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mohd Aizat Husni, 33 manakala Muhammad Safawi Md Noh, 24, disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian membabitkan kemalangan itu masih dijalankan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

