Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewat

Rizuan terkejut apabila menerima berita tentang kemalangan itu tidak lama selepas kumpulan konvoi berkenaan beredar dari restorannya.
Rizuan terkejut apabila menerima berita tentang kemalangan itu tidak lama selepas kumpulan konvoi berkenaan beredar dari restorannya.
A
A
A

KUANTAN - Cuaca hujan selain ada motosikal mengalami masalah dan perlu dibaiki menyebabkan kumpulan bermotosikal dari Terengganu terpaksa bertolak pulang agak lewat selepas selesai makan malam di sebuah restoran terkenal di Indera Mahkota di sini pada awal pagi Sabtu.

Pengurus Operasi Jaman Tory, Rizuan Abdullah berkata, lebih 100 penunggang motosikal termasuk dari Terengganu berkumpul untuk makan malam selepas membuat tempahan seminggu lalu.

Menurutnya, kumpulan terbabit terdiri kira-kira 50 motosikal tiba restoran berkenaan kira-kira pukul 9 malam untuk menikmati makan malam.

"Sebelum itu sudah ada rakan mereka dipercayai yang berdekatan sampai awal.

"Malam semalam lebih 100 motosikal berkumpul di restoran kami dan rata-ratanya Yamaha RX-Z," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPT

Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

Nahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital

Nahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajar

Artikel Berkaitan:

Rizuan berkata, kumpulan itu sering singgah makan di restorannya sebelum ini sama ada secara beramai-ramai atau kumpulan kecil.

“Kami terkejut bila mendapat berita tentang kemalangan itu tidak lama selepas beredar. Kumpulan ini kerap datang ke sini dan restoran kami memang menjadi antara lokasi persinggahan mereka setiap kali berkonvoi ke Kuantan.

"Saya hanya mengetahui kejadian menyayat hati itu selepas dimaklumkan oleh kenalan dan ahli kumpulan terbabit menerusi media sosial serta TikTok," katanya.

Dalam nahas kira-kira jam 1.20 pagi itu, lebih 30 motosikal dan sebuah kereta dipercayai terlibat nahas mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z dan mencederakan 20 yang lain.

Mangsa, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24, dari Felda Neram 2, Kemaman meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTAA.

Penumpang belakang kereta jenis Toyota Vios, Nur Irish Adelia Aziz, 13, dilaporkan cedera di bahagian tengkuk dan dihantar menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu, Muhammad Irfan Aziz, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Butiran mangsa lain masih belum diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan video kamera 'dashcam' yang tular mendapati kumpulan penunggang motosikal terbabit menunggang dalam keadaan laju dipercayai berlumba.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!