Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri pada Ahad. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri pada Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, memaklumkan cuaca buruk itu diramal melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Amaran sama turut melibatkan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan, Pendang, Pokok Sena, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Selama, Larut Matang, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Terengganu (Hulu Terengganu).

Di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson.

Sementara itu, di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Kuching, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Betong (Saratok dan Kabong).

Bagi Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar dan Ranau), Pedalaman (Tambunan, Membakut dan Keningau) serta Sandakan (Kinabatangan).

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu melibatkan daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut sehingga Selasa (17 November). - Bernama

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!