Papan iklan calon PH DUN Tiram diconteng 'S' bertanduk

Papan iklan Nor Zulaila yang diconteng di Jalan Utama Kota Masai.
Papan iklan Nor Zulaila yang diconteng di Jalan Utama Kota Masai.
A
A
A

PASIR GUDANG – Beberapa papan iklan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani didakwa menjadi sasaran perbuatan vandalisme apabila diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab.

Nor Zulaila berkata, pihaknya mendapati dua papan iklan kempen yang terletak di hadapan sebuah pasar raya besar di tepi jalan utama dan di hadapan stesyen minyak Jalan Nenas Utama, di sini telah diconteng pada bahagian wajahnya dengan huruf "S" bersaiz besar.

Katanya, perbuatan itu dipercayai dilakukan secara sengaja oleh pihak tertentu.

"Saya amat kesal dan kecewa dengan insiden ini.

"Namun saya menyeru semua pihak supaya berkempen secara rasional, berhemah dan saling menghormati demi membina budaya politik yang sihat serta matang," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Papan iklan Nor Zulaila yang diconteng di Jalan Kota Masai.
Papan iklan Nor Zulaila yang diconteng di Jalan Kota Masai.

Nor Zulaila berkata, meskipun terdapat pihak yang memilih untuk merosakkan bahan kempen melalui perbuatan vandalisme.

Namun katanya, masih ramai rakyat yang terus mempertahankan nilai kesopanan dan saling menghormati.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga ingin mengingatkan pasukan kempen dan mengingatkan diri saya sendiri bahawa politik yang matang harus dibina atas asas idea, dasar serta khidmat kepada rakyat, bukannya kebencian dan perbuatan merosakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

"Apabila mereka bertindak dengan kebencian, kita membalas dengan maruah dan adab.

"Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang beradab, berintegriti dan penuh hormat, bukannya kempen yang dipenuhi permusuhan serta vandalisme," katanya memaklumkan laporan polis dibuat oleh wakilnya di Balai Polis Masai pada Sabtu.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!