Dua wanita warga Indonesia maut, SUV dipandu terbabas langgar surau sekolah

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto ihsan pembaca
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto ihsan pembaca
A
A
A

PASIR PUTEH – Dua wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh surau di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, Selising pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.34 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia awal 30-an dan 50-an yang tersepit dalam kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto ihsan pembaca
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto ihsan pembaca

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kenderaan yang dinaiki enam sekeluarga warga Indonesia, terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki yang juga pemandu.

“Dua mangsa wanita didapati tersepit di dalam kenderaan dan anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, empat lagi mangsa termasuk pemandu yang cedera diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kereta dinaiki dua wanita warga Indonesia yang terbabas dan melanggar surau di kawasan SK Bukit Jawa 2, Selising pada awal pagi Ahad. Foto ihsan pembaca
Keadaan kereta dinaiki dua wanita warga Indonesia yang terbabas dan melanggar surau di kawasan SK Bukit Jawa 2, Selising pada awal pagi Ahad. Foto ihsan pembaca

Katanya, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!