Tiga maut kemalangan dua pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo

Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di pusingan ‘P’ Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Sibu malam ini.
Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di pusingan ‘P’ Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Sibu malam ini.
A
A
A

KUCHING - Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di pusingan ‘P’ Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Sibu malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 8.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis single cab dan sebuah double cab.

"Kenderaan double cab dinaiki tiga lelaki dewasa, dengan seorang mangsa tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan. Sebuah lagi kenderaan jenis single cab hanya dinaiki seorang pemandu yang mengalami kecederaan ringan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBM Sarawak, pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan dua mangsa tersepit sebelum semua mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Punca kemalangan dan identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti serta masih dalam siasatan pihak berkuasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!