'Arwah beria-ria nak sambut hari jadi anak, mahu belanja keluarga'

Koperal Muhamad Alimi maut semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas dipercayai dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal jenis Yamaha LC di Pulau Melaka, Kota Bharu pada Rabu. Foto tular

A
A
A

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat koperal maut semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas dipercayai dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal jenis Yamaha LC di Pulau Melaka di sini pada Rabu.

Mangsa, Muhamad Alimi Kamarudin, 35, yang bertugas di Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Marak selepas tamat waktu bekerja.

Isterinya, Khalidah Adilah Zainudin, 31, berkata, sekitar jam 4 petang dia membuat panggilan kepada suaminya namun tidak dijawab.

"Panggilan kedua diangkat namun yang menjawabnya adalah orang lain.

"Saya terkejut selepas dimaklumkan suami terlibat dalam kemalangan dan meminta datang ke lokasi kejadian. Namun tidak dimaklumkan tentang keadaan dia," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di sini pada Rabu.

Khalidah Adilah dan anak sulungnya tidak dapat menahan sebak ketika hadir di Unit Forensik HPUSM pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Khalidah Adilah dan anak sulungnya tidak dapat menahan sebak ketika hadir di Unit Forensik HPUSM pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Khalidah Adilah hadir bersama dua anak lelakinya yang berusia empat dan tujuh tahun.

Sementara itu, kakak mangsa, Siti Nur Adila, 38, memberitahu, adik ketiga daripada lima beradik itu seorang yang sangat baik, pemurah dan rajin.

Artikel Berkaitan:

"Kali terakhir kami berjumpa pada 3 November lalu semasa hari ulang tahun ibu (Hamidah Mohamed,63).

"Pada hari tersebut arwah beria-ria meminta untuk meraikan juga hari jadi anak bongsunya bersama yang lahir pada hujung November serta adik kami," katanya.

Khalidah Adilah di samping jenazah suaminya ketika dibawa ke Unit Forensik HPUSM pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Khalidah Adilah di samping jenazah suaminya ketika dibawa ke Unit Forensik HPUSM pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut dia, Muhamad Alimi telah meminta untuk belanja seluruh ahli keluarga dengan membayar makan serta membeli kek.

Ujarnya, itulah kali terakhir kami semua berkumpul.

Siti Nur Adila memberitahu, jenazah adiknya itu akan dibawa pulang ke kampung di Ketereh dan dikebumikan di sana.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!