Warga emas maut, penumpang cedera dalam nahas lori dan lori balak

Keadaan lori dipandu selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Muadzam Shah, di sini pada Rabu. - Foto Polis Rompin
Keadaan lori dipandu selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Muadzam Shah, di sini pada Rabu. - Foto Polis Rompin
A
A
A

ROMPIN – Seorang pemandu lori maut manakala seorang penumpang cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Muadzam Shah, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu, mangsa, Kila Amin, 66, dari Kampung Buluh Nipis, Muadzam Shah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, penumpang lori berkenaan, Muhammad Hoi Abdullah, 79, mengalami kecederaan di kepala manakala pemandu lori balak, Aswadi Faizal Yahaya, 51, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa memandu lori jenis Daihatsu tanpa muatan dari arah Segamat menuju ke Muadzam Shah, manakala lori balak yang membawa muatan bergerak dari arah bertentangan.

Lori balak yang dilanggar lori dipandu mangsa dalam kemalangan di Jalan.Kuantan-Segamat dekat Muadzam.Shah pada Rabu. - Foto Polis Rompin
Lori balak yang dilanggar lori dipandu mangsa dalam kemalangan di Jalan.Kuantan-Segamat dekat Muadzam.Shah pada Rabu. - Foto Polis Rompin

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori yang dipandu mangsa yang juga seorang pekebun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan lori balak yang sedang bergerak.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, penumpang yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!