India catat 31 lagi kematian, 827 kes baharu Covid-19

Isteri seorang pesakit membantu suaminya di tempat perlindungan sementara di luar Institut Sains Perubatan All India (AIIMS) di New Delhi ketika kerajaan India melaksanakan perintah berkurung sebagai langkah pencegahan terhadap Covid-19. - Foto AFP

A
A
A

NEW DELHI - India mencatatkan 31 kematian baharu dan 827 kes Covid-19 pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik kementerian kesihatan persekutuan.

Angka korban mencecah 273 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 8,356 dengan 7,367 kes aktif.

Pada Sabtu kes Covid-19 di negara ini berjumlah 7,529 dan kematian 242 orang.

Ahad masuk hari ke-19 'lockdown' di seluruh negara yang akan tamat pada 14 April.

Pada Sabtu, Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan sidang video dengan ketua menteri bagi membincangkan strategi menangani Covid-19.

Tiga negeri Maharashtra, Telangana dan Benggala Barat akan dilanjutkan perintah 'lockdown' sehingga 30 April.

Terdahulu, tempoh 'lockdown' di Odisha dan Punjab dilanjutkan, masing-masing sehingga 30 April dan 1 Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan: