X

Kindly register in order to view this article
!

54 individu sekitar Sungai Buloh ditahan ingkar PKP

Anggota penguat kuasa MBSA membuat pemeriksaan sewaktu operasi berkenaan. - Foto ihsan MBSA
A
A

SHAH ALAM - Seramai 54 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Sungai Buloh malam tadi.

Menerusi kemas kini di laman rasmi Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memberi fokus di kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah dan Kampung Paya Jaras.

Menurutnya, seramai 40 lelaki dan 14 wanita ditahan dalam operasi berkenaan.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Pelong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sg Buloh," katanya.

Difahamkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Deputi Superitenden Zainudin Abdul Hamid mengetuai operasi terbabit.

MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, semua individu yang ditahan akan dikenakan tindakan kompaun mengikut Akta 171 Seksyen 109.

Penduduk Shah Alam turut dinasihatkan agar dapat kekal berada di rumah masing-masing dan dan mematuhi arahan PKP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!