Taubat daripada buat dosa digital

WAJIB meminta maaf atas dosa digital seperti mengumpat, memfitnah dan menyebarkan aib selain bertaubat kepada ALLAH SWT. Foto Canva
WAJIB meminta maaf atas dosa digital seperti mengumpat, memfitnah dan menyebarkan aib selain bertaubat kepada ALLAH SWT. Foto Canva
A
A
A

Soalan

Apakah yang disebut sebagai dosa digital dan bagaimana kita mahu melepaskan diri atau bertaubat daripada perbuatan itu?

Jawapan

Dosa digital merujuk kepada dosa yang dilakukan melalui medium digital seperti telefon pintar, komputer, internet, media sosial, permainan dalam talian dan aplikasi komunikasi.

Walaupun ia dilakukan di alam maya, kesannya tetap nyata di sisi ALLAH SWT kerana Islam menilai perbuatan berdasarkan niat, ucapan, tulisan dan kesan kepada orang lain.

Antara contoh dosa digital:

1 - Melihat perkara haram seperti pornografi, video lucah atau kandungan tidak bermoral.

2 - Mengumpat atau memfitnah di media sosial termasuk menulis komen buruk, menyebarkan aib, body shaming, cyberbullying.

3 - Penipuan dalam talian seperti scam, phishing, jual beli tipu.

Artikel Berkaitan:

4 - Membazir masa sehingga lalai beribadah, antaranya terlalu leka dengan game atau media sosial sehingga meninggalkan solat dan tanggungjawab lain.

5 - Menyebarkan maksiat seperti memuat naik kandungan yang mengajak kepada dosa.

Jika ditanya mengenai berapa besarkan dosa digital ini? Maka jawapannya bergantung kepada jenis dosa dan kesannya kepada orang lain.

Dosa digital boleh menjadi lebih besar daripada dosa biasa apabila ia disebarkan kepada lebih ramai orang sehingga ia menjadi dosa yang berpanjangan atau dosa berantai selagi kandungan itu wujud.

Walaupun kadangkala kandungan asal sudah dipadam, kemungkinan orang lain sudah reupload di media sosial mereka.

Bagi persoalan bagaimana mahu melepaskan diri daripada dosa digital ini, ia bergantung kepada perbuatan mana yang dilakukan.

Sekiranya ia hanya melibatkan diri sendiri seperti melihat pornografi, individu tersebut perlu segera berhenti, menyesal dengan bersungguh-sungguh, berazam tidak mengulanginya dan bertaubat kepada ALLAH SWT.

Bagaimanapun jika ia melibatkan pihak lain seperti perbuatan mengumpat, memfitnah, mengadu-domba, menyebarkan aib dan seumpamanya, dia perlu meminta maaf dengan orang yang menjadi mangsa itu.

Ini kerana dosa sesama manusia hanya boleh diampunkan sekiranya dia meminta maaf kepada orang tersebut selain berhenti melakukan perbuatan itu, menyesal, berazam tidak mengulanginya serta bertaubat kepada ALLAH SWT.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!