Enam dikompaun keluar 'berjemaah' ke pasar raya semasa PKP

Seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status terdapat beberapa individu ditahan polis kerana masuk ke sebuah pasar raya di Sabak Bernam secara berkumpulan.
Seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status terdapat beberapa individu ditahan polis kerana masuk ke sebuah pasar raya di Sabak Bernam secara berkumpulan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis mengeluarkan sebanyak enam notis kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pasar raya di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, enam individu terbabit ditahan pada jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, polis mengambil tindakan tegas terhadap keenam-enam individu terbabit yang didapati keluar secara lebih dari seorang di pasar raya terbabit.

"Polis mengambil tindakan terhadap dua wanita yang keluar bersama di pasar raya itu dan sekumpulan lagi terdiri daripada tiga wanita serta seorang lelaki dalam operasi itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Agus Salim berkata, individu yang dikenakan kompaun perlu membuat bayaran RM1,000 di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam.

Katanya, polis terpaksa mengambil tindakan tegas bagi memastikan penduduk mematuhi arahan dan akur terhadap penjarakan sosial yang ditetapkan.

"Kita mahu pastikan tidak berlaku kesesakan di pasar raya dan hanya seorang sahaja ahli keluarga dibenarkan untuk membeli tanpa membawa pasangan atau berkumpulan," katanya.

Sebelum ini tular seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status terdapat beberapa individu ditahan polis kerana masuk ke sebuah pasar raya di Sabak Bernam secara berpasangan.

Artikel Berkaitan:

"Sudah diberitahu tidak boleh masuk berpasangan, jangan terkejut (kerana) luar dan dalam (pasar raya) ada polis," katanya.