Hampir 2,000 OKU dibantu di seluruh negara

Wakil Pertis menjadi ejen dengan mengagihkan sumbangan orang ramai kepada OKU di seluruh negara.
Wakil Pertis menjadi ejen dengan mengagihkan sumbangan orang ramai kepada OKU di seluruh negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) membantu hampir 2,000 Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Yang Dipertua Pertis, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, pihaknya berperanan sebagai ejen menguruskan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk diagihkan kepada OKU memerlukan.

"Sehingga kini Pertis membantu mengagihkan sumbangan kepada 300 OKU penglihatan di seluruh Lembah Klang,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Dalam pada itu, aktivis OKU itu berkata, tempoh PKP turut memberi cabaran kepada OKU terutama dalam konteks penjarakkan sosial.

Mohammad Faizal Che Yusof
Mohammad Faizal Che Yusof

"Bukan mudah bagi OKU kerana mereka perlu berinteraksi dengan orang kedua atau ketiga.

"Jadi ada kesukaran apabila mereka sebagai ketua keluarga (OKU) perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga," katanya.

Mohammad Faizal berharap kerajaan dapat memberi informasi jelas berkaitan PKP kepada golongan OKU pelbagai kategori.

Artikel Berkaitan:

"Contoh OKU pendengaran memerlukan bahasa isyarat sepanjang masa dan OKU penglihatan pula memerlukan naratif lain yang sesuai.

"Perkhidmatan dalam talian pula perlu mesra OKU,” katanya.

Wakil Pertis menyampaikan sumbangan orang ramai kepada OKU memerlukan.
Wakil Pertis menyampaikan sumbangan orang ramai kepada OKU memerlukan.

Mohammad Faizal yang juga seorang peguam yang dilahirkan cacat penglihatan turut berkongsi sejak kecil beliau melalui jalan sukar tetapi berjaya berada di menara gading.

“Daripada situlah saya sematkan dalam fikiran, saya mahu apa yang saya lalui tidak akan dilalui oleh OKU lain.

"Ini bermakna perlu ada perubahan kepada sistem dalam negara bagi memastikan OKU duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan individu normal lain.p

Wakil Pertis menerima bantuan untuk diagihkan kepada OKU penglihatan.
Wakil Pertis menerima bantuan untuk diagihkan kepada OKU penglihatan.

“Ketika saya belajar dahulu, ramai dalam kalangan sahabat OKU yang jauh lebih bijak daripada saya tetapi mereka ketinggalan kerana beberapa kekangan,” katanya.

Menurutnya, persatuan itu turut mendapat kerjasama anggota Majlis Kebangsaan, Dr Ruziah Ghazali.