416 warga asing positif Covid-19

Sebanyak 416 kes positif Covid-19 di negara ini adalah rakyat asing. - FOTO ROSLI TALIB
Sebanyak 416 kes positif Covid-19 di negara ini adalah rakyat asing. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan 416 kes positif Covid-19 dalam kalangan warga asing di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu termasuk dua kes kematian dilaporkan sebelum ini.

"Daripada jumlah tersebut, 51 kes terdiri daripada warga Indonesia, India (37 kes), Myanmar (31 kes), Pakistan (29 kes) dan Filipina (27 kes)," katanya pada sidang media perkembangan semasa kes Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, negara terbabit telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"KKM bekerjasama rapat dengan pihak Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan golonga pelarian dan pemohon suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: