Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia

Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.

Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Foto JBPM
Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Foto JBPM

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim

Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi

Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa

'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa

Artikel Berkaitan:

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad (kiri) melihat peta lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pos Kawalan Bomba di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim. Foto Bernama.
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad (kiri) melihat peta lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pos Kawalan Bomba di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim. Foto Bernama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan.

"Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM.

"Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, ACP Ibrahim Husin (tengah) bersama pasukan keselamatan meninjau sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim hari ini.
Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat. Foto Bernama.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, ACP Ibrahim Husin (tengah) bersama pasukan keselamatan meninjau sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim hari ini. Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat. Foto Bernama.

Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM
Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM

Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.

Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!