Kehilangan Nur Izzati: Polis teliti faktor luaran

 Pihak polis meneliti faktor luaran termasuk mengumpul maklumat daripada individu yang rapat dengan Nur Izzati Humaira Azizul, remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Sabtu lepas.

A
A
A

HULU SELANGOR - Pihak polis meneliti faktor luaran termasuk mengumpul maklumat daripada individu yang rapat dengan Nur Izzati Humaira Azizul, remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, berdasarkan penelitian pasukan penyelamat di trek laluan bukit berkenaan, agak sukar untuk mangsa mengalami kemalangan fizikal dengan mudah.

"Kita akan dapatkan maklumat daripada kawan rapat, tempat dia bekerja, rakan sekolah dan saudara-mara, barulah kita dapat pandangan secara jelas.

"Pencarian akan diteruskan dari dua sudut kerana kita tak akan buat satu andaian saja. Pencarian di lokasi kejadian akan diteruskan dan siasatan di luar lokasi kejadian turut akan dibuat,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa Sabtu lepas, diperluaskan melibatkan kawasan seluas 0.5 kilometer persegi. Foto Bernama

Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Izzati Humaira, 19, pada hari ini turut menggunakan khidmat dron dengan fungsi pengesan haba.

Beliau berkata, usaha mengesan mangsa melalui isyarat telefon bimbit milknya tidak berjaya berikutan peranti berkenaan didapati tidak dihidupkan atau kehabisan bateri.

Artikel Berkaitan:

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa Sabtu lepas, diperluaskan melibatkan kawasan seluas 0.5 kilometer persegi..Foto Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim

Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi

Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa

'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa

Polis memaklumkan, operasi SAR Nur Izzati Humaira turut menggunakan khidmat dron dengan fungsi pengesan haba.
Polis memaklumkan, operasi SAR Nur Izzati Humaira turut menggunakan khidmat dron dengan fungsi pengesan haba.

"Berdasarkan teknologi sedia ada, kita hanya dapat mengesan lokasi telefon berpandukan kawasan liputan pemancar telekomunikasi apabila telefon itu aktif. Bagaimanapun, ketika ini telefon itu berada dalam keadaan tutup (off) dan kami tidak dapat mengesannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Zon Rawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mustakim Rimon berkata SAR hari ini ditangguhkan pada 6.30 petang dan akan disambung pagi esok.

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru. - Bernama 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!