X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Sungai Besar sedia perkhidmatan 24 jam bantu penduduk

Sebahagian barangan keperluan diagih kepada Ketua UMNO Cawangan untuk diagih kepada penduduk setempat.
A
A

SUNGAI BESAR - UMNO Bahagian Sungai Besar menyediakan petugas yang berkhidmat 24 jam bagi membantu rakyat di bahagian itu yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, petugas terbabit diarah sentiasa bersiap sedia sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk.

"UMNO Bahagian Sungai Besar akan terus berkhidmat untuk masyarakat dalam apa jua keadaan terutama dalam menghadapi situasi sukar ketika ini," katanya pada rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Jamal berkata, penduduk di bahagian itu yang masih tidak menerima apa-apa bantuan diminta berhubung dengan Ketua UMNO Cawangan masing-masing.

"Malah, mereka juga boleh terus ke Pejabat UMNO Bahagian Sungai Besar untuk mendapatkan sumbangan terutama bantuan keperluan makanan asas seperti beras, tepung, gula serta barangan lain," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa prihatin dan peka dengan keperluan rakyat bagi memastikan mereka dapat dibantu dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).

"Kami membahagiakan barangan keperluan asas ini mengikut zon dan misalnya hari ini kita menyalurkan bantuan kepada 24 zon di Sekinchan yang diserahkan kepada Ketua UMNO Cawangan untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!