Kes bunuh Muhammad Zakir: Pasangan suami isteri pula direman

Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh OKU pembelajaranberusdia 20 tahun yang bekerja sebagai pemasang jubin di Kelantan.
Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh OKU pembelajaranberusdia 20 tahun yang bekerja sebagai pemasang jubin di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ditemui berlumuran darah, pemuda OKU maut dipercayai dipukul

Suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari hingga Jumaat depan, manakala isterinya yang berusia 27 tahun direman lima hari hingga Rabu ini. Foto Bernama
Suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari hingga Jumaat depan, manakala isterinya yang berusia 27 tahun direman lima hari hingga Rabu ini. Foto Bernama

Suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari, manakala isterinya, 27 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan.

Pasangan terbabit ditahan kira-kira jam 4 petang hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Padang Salim, Peringat di sini.

Sepasang suami isteri direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, April lepas. Foto Bernama.
Sepasang suami isteri direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, April lepas. Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:

Pasangan suami isteri itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Apa salah abang, kenapa pukul dia sampai mati?'

Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi pada 15 April selepas mengalami kecederaan parah.

Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal
Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal

Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!