Selepas ribut kuat, Kampung Tasik dilanda banjir kilat
IPOH- Hujan lebat dan angin ribut selama sejam bermula 5 petang tadi menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Tasik, Pengkalan Hulu yang terletak kira-kira 170 kilometer dari sini.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, lima rumah penduduk serta sebuah bengkel kereta turut mengalami kerosakan apabila atap rumah diterbangkan angin ribut selain dihempap pokok tumbang.
"Tujuh anggota APM dikerahkan ke lokasi bagi kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan memantau keadaan penduduk di kawasan yang terjejas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
Beliau berkata tiada pusat pemindahan yang dibuka kerana seramai 17 penghuni rumah yang terjejas terdiri daripada lima keluarga berpindah ke rumah saudara mereka yang terletak berhampiran.
Katanya banjir di kawasan itu telah surut sepenuhnya pada 8 malam tadi dan tiada mangsa yang cedera mahupun kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. - BERNAMA
Gopeng pusat tarikan semula jadi
Perak, Korea Selatan bakal bekerjasama hasilkan produk hiliran REE
'Kami sudah biasa lihat helikopter lintas atas kepala'- Penduduk Manjung
Tengkorak, tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong
'Bea sobar bea, Bea rilek bea' lonjak kembali lagu dialek Kelantan
Peniaga dibunuh kejam kerana dendam
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Murid SJKC raih 8A UPKK, petah berbahasa Inggeris
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM