Amaran ribut petir, hujan lebat di 12 negeri malam ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata,cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga jam 9 malam.

"Kawasan yang terlibat di Kedah adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

"Selain itu, Perak (Kerian, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Lipis, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin); Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

"Wilayah Persekutuan Kualan Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau) ;Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar dan Putatan) dan Kudat (Kudat) sehingga 9 malam pada Rabu," katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," ujarnya.