10 hari proses saring Malayan Mansion, Selangor Mansion

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal pergerakan masuk dan keluar di Flat Selangor Mansion dan Flat Malayan berikutan penemuan kes COVID-19 di bangunan tersebut ketika tinjauan hari ini. -fotoBERNAMA Gambar kecil: Dr Noor Hisham

A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan 10 hari untuk membuat saringan terhadap 5,000 penghuni di Malayan Mansion dan Selangor Mansion yang merupakan lokasi terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setiap blok mempunyai 2,500 penghuni.

"Kita jangkakan dalam tempoh 10 hari dapat menyaring kesemua penduduk di kawasan berkenaan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Bangunan Selangor Mansion, Selangor Malayan Mansion dikenakan PKPD

Dua blok berkenaan terletak di Jalan Masjid India dan kira-kira 500 meter daripada Menara City One dikenakan PKPD berkuatkuasa hari ini selepas 15 kes positif dikesan di kawasan tersebut.

Ia menjadikan flat kediaman lapan tingkat yang turut menempatkan premis perniagaan di bahagian bawah merupakan kawasan keempat dikenakan PKPD.

Artikel Berkaitan: