X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Keadaan PM Britain bertambah buruk

Boris Johnson - Foto Agensi
A
A

LONDON - Keadaan kesihatan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan semakin merosot.

Johnson yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) kini ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital St Thomas di tengah London dengan diberikan bantuan pernafasan.

Perdana Menteri berusia 55 tahun itu dimasukkan ke hospital sekitar jam 6 petang (waktu tempatan) kelmarin selepas menunjukkan gejala deman panas lebih daripada 10 hari selepas diuji positif.

Menurut kediaman rasmi Perdana Menteri, Downing Street, Johnson diberikan bantuan pernafasan ventilator bagi menstabilkan keadaannya.

Sementara itu, sumber dari Pejabat Perdana Menteri berkata, Johnson telah mengarahkan Setiausaha Luarnya, Dominic Raab iaitu Setiausaha Negara mengambil alih jawatan timbalan bagi menjalankan tugas mana yang perlu.

Johnson disahkan positif virus itu pada 26 Mac lalu namun selepas 10 hari menjalani kuarantin sendiri di apartmennya di Downing Street, beliau dimasukkan ke hospital kelmarin susulan demam dan batuk-batuk.

Menurut profesor di Institut Pengimejan University College London (UCL), Derek Hill, keadaan Johnson sememangnya semakin merosot.

“Salah satu ciri Covid-19 di semua negara adalah pesakit lelaki berada dalam keadaan lebih parah berbanding wanita terutama mereka berusia lebih 40 tahun.

"Malah jika umurnya melebihi 60 tahun, usia itu lebih berisiko serta menghidap penyakit kritikal lain," katanya.

Setakat ini, United Kingdom merekodkan 52,279 kes jangkitan dengan membabitkan 5,373 kematian.

Secara keseluruhan, lebih sejuta penduduk dunia dijangkiti dengan 74,744 kematian. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: PM Britain positif Covid-19

Covid-19: Perdana Menteri UK, Boris Johnson masuk hospital


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus