Henti spekulasi keadaan kesihatan Taib Mahmud - Astana Sarawak

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib. - Foto fail Bernama
Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUCHING - Astana Negeri Sarawak hari ini meminta orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan berita dan spekulasi mengenai keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Sulit kepada yang Dipertua Negeri Junih Salleh Ahmad dalam satu kenyataan berkata, keadaan Abdul Taib semakin pulih dan beliau kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara.

"Insya-ALLAH dan atas nasihat doktor, beliau akan kembali tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Abdul Taib akan pulang ke negeri itu dalam masa terdekat.

Tanpa mendedahkan tarikh kepulangan berkenaan, Abang Johari berkata keadaan Abdul Taib ketika ini sudah pulih dan beliau sedang berehat selepas jatuh sakit ketika bercuti di luar negara. - Bernama.