PM Britain positif Covid-19

Boris Johnson mengesahkan beliau diuji positif Covid-19. - Foto Agensi
Boris Johnson mengesahkan beliau diuji positif Covid-19. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan mengumumkan beliau akan menjalani kuarantin sendiri.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, saya mengalami simptom awal dan ujian mendapati positif untuk Covid-19.

“Saya sekarang akan mengasingkan diri tetapi terus menerajui usaha kerajaan menerusi sidang video dalam memerangi virus ini,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Jurucakap Downing Street berkata, Johnson, 55, mengalami simptom ringan semalam iaitu sehari selepas beliau menghadiri sesi soal jawab mingguan di Dewan Rakyat.

Awal minggu ini, seorang lagi individu berprofil tinggi iaitu pewaris takhta Britain, Putera Charles mengumumkan beliau positif wabak berkenaan.

Pasangannya Camilia, Duchess of Cornwall bagaimanapun disahkan negatif.

Pasangan terbabit menjalani kuarantin sendiri di Scotland. - Agensi

Artikel Berkaitan: