X

Kindly register in order to view this article
!

MPSJ kembalikan wang permit bazar Ramadan

1 April lalu Kerajaan Selangor memutuskan kesemua bazar Ramadan di negeri itu dibatalkan buat masa ini berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
A
A

SUBANG JAYA – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengembalikan semula wang bayaran permit yang dibayar oleh peniaga untuk menjalankan perniagaan di bazar Ramadan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, sebelum ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihak majlis mengambil inisiatif tersebut selepas Kerajaan Selangor mengumumkan pembatalan bazar Ramadan bagi menyekat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Merujuk kepada pengumuman Kerajaan Selangor mengenai pembatalan bazar Ramadan, pihak majlis mengambi inisiatif melaksanakan proses pemulangan semula (refund) wang bayaran permit yang dijelaskan peniaga sebelum penularan wabak Covid-19 ini.

“Peniaga perlu melengkapkan butiran maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan (penyata bank, kad pengenalan dan salinan akuan pembayaran) di pautan https://forms.gle/TPDFa2KrEg1LEabL6 bagi tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan mula dibuka hari ini sehingga 12 April depan.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh dibuat dengan menghubungi pegawai Unit Penjaja, Jabatan Pelesenan MPSJ di aplikasi WhatsApp sahaja mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Bagi kawasan zon Subang Jaya/ Kinrara boleh menghubungi Mohd Rahimi Satar (017 9414156); zon Puchong/Putra Heights hubungi Za’im Afif Zainal Abidin (0192265424) dan untuk zon Serdang / Seri Kembangan pertanyaan oleh dibuat dengan menghubungi Muhammad Nizar Khalip (0192263817),”katanya.

Terdahulu, Kerajaan Selangor memutuskan kesemua bazar Ramadan di negeri itu dibatalkan buat masa ini berikutan penularan Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, keputusan itu bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus