Jumlah kes Covid-19, kematian di India meningkat

Pakar percaya jumlah kes mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.
Pakar percaya jumlah kes mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.
A
A
A

CHANDIGARH - India pada Ahad menyaksikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 77, manakala kes positif sebanyak 3,374, lapor agensi berita Anadolu.

Pegawai kesihatan berkata, sebanyak 3,030 kes aktif dan 267 pesakit dibenar keluar hospital.

Kebanyakan kes dilaporkan di negeri Maharashtra, Tamil Nadu, New Delhi, Kerala, Uttar Pradesh dan Rajasthan.

Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India, 79,950 sampel sudah diuji pada 9 malam, 4 April.

Pakar percaya jumlah kes mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.

Kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan selama 21 hari bermula 25 Mac lalu.

Kompleks perniagaan, pasar, restoran, pawagam dan pengangkutan awam tidak dibenarkan beroperasi.- Bernama

Artikel Berkaitan: