Pasangan tunang dicekup, berdua-duaan kemas rumah selepas ‘open house’ raya

Pasangan itu dicekup penguat kuasa JAIM selepas menerima aduan awam. - Foto Sinar Harian
Pasangan itu dicekup penguat kuasa JAIM selepas menerima aduan awam. - Foto Sinar Harian
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki memberi alasan berdua-duaan dengan tunangnya di dalam sebuah rumah teres di Bukit Beruang di sini bagi membantu wanita itu mengemas selepas selesai mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Pasangan tersebut dicekup di rumah wanita berkenaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sekitar jam 1 pagi, Khamis lalu.

Penguat kuasa JAIM menyerbu rumah tersebut selepas menerima aduan awam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dan wanita berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 27 tahun itu merupakan pasangan tunang dan yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, pegawai penguat kuasa menjelaskan bahawa walaupun mempunyai hubungan sebagai tunang, mereka tetap dianggap bukan mahram dan tidak dibenarkan berada berdua-duaan dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak.

“Kami tidak menuduh berlaku zina, namun perbuatan bersekediaman atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan mahram boleh menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang syariah,” katanya menerusi keterangan dalam video yang dikongsikan di media sosial.

Pasangan itu dibawa ke JAIM untuk siasatan lanjut. - Foto Sinar Harian
Pasangan itu dibawa ke JAIM untuk siasatan lanjut. - Foto Sinar Harian

Pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkhalwat atau bersekediaman tanpa hubungan yang sah.

Ringkasan AI

  • Pasangan tunang dicekup di rumah dalam keadaan mencurigakan.
  • Lelaki beri alasan bantu kemas rumah selepas 'open house'.
  • Penguat kuasa JAIM bertindak berdasarkan aduan awam.
  • Pasangan itu bukan mahram walaupun bertunang.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!