MBSA serah kepada polis berhubung Ahli Majlis langgar PKP

Shahrin Ahmad
Shahrin Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan polis ke atas Ahli Majlis yang bermain badminton ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah Dewan MBSA di Seksyen 25.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya juga mahukan Ahli Majlis terbabit memberi penjelasan berkaitan perkara itu.

Menurutnya, pada 3 April lalu, MBSA menerima maklumat berhubung pencerobohan Dewan MBSA di Seksyen 25, Shah Alam yang ditutup kerana tidak dibenarkan sebarang aktiviti sukan atau riadah dalam tempoh PKP.

"Hasil daripada maklumat berkenaan, pihak MBSA bersama PDRM melakukan tindakan penguatkuasaan di dewan tersebut.

"Hasil pemeriksaan didapati terdapat sekumpulan individu sedang bermain badminton di dewan tersebut dan salah seorang individu berkenaan ialah Ahli Majlis MBSA," katanya menerusi kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Ahli Majlis MBSA, tiga rakan ditahan main badminton

Kenyataan itu turut menyebut MBSA tidak akan berkompromi dengan individu, organisasi atau kumpulan termasuk penjawat awam yang melakukan kesalahan sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai beberapa individu dan seorang Ahli Majlis bermain badminton di sebuah dewan di sini.

Artikel Berkaitan: