Tahap pematuhan peniaga Pasar Borong KL tidak memuaskan

Annuar (kanan) meninjau operasi perniagaan di Pasar Borong KL hari ini. Foto: Twitter Annuar Musa.
Annuar (kanan) meninjau operasi perniagaan di Pasar Borong KL hari ini. Foto: Twitter Annuar Musa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahap pematuhan dan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur tidak memuaskan dan perlu diperbaiki segera.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang melakukan pemeriksaan mengejut tengah hari tadi telah memaklumkan Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan.

"Saya berjalan di tempat lori menurunkan barang dan di dalam pasar, komen saya adalah tahap pematuhan terhadap garis panduan ditetapkan tidak memuaskan.

"Kebanyakan penjual tiada hand sanitizer, tiada seorang pun memakai sarung tangan dan kebanyakan peniaga memakai topeng muka kain, tidak memakai topeng muka yang disarankan oleh KKM," katanya di Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Katanya, kawasan Pasar Borong KL sebelum ini merekodkan lapan kes Covid-19 termasuk tambahan dua kes baharu.

Annuar tidak berpuas hati dengan pematuhan PKP peniaga di Pasar Borong KL dan meminta perkara itu diperbaiki segera.
Annuar tidak berpuas hati dengan pematuhan PKP peniaga di Pasar Borong KL dan meminta perkara itu diperbaiki segera.

"Oleh itu langkah-langkah tertentu perlu di ambil dan jangan bersikap ambil mudah.

"Kita benarkan aktiviti perniagaan di pasar borong diteruskan kerana rayuan daripada penanam sayur, peniaga dan orang ramai yang mahukan bekalan makanan diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Jawatankuasa pusat peringkat menteri telah mempertimbangkan rayuan itu dan memberikan persetujuan dengan syarat dibenarkan beroperasi dari awal pagi dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari," katanya.

Bagaimanapun katanya, aktiviti itu masih berjalan seperti biasa walaupun selepas jam 12 tengah hari dan lori juga masih banyak serta tiada penjarakkan sosial

Katanya, perkara tersebut telah dimaklumkan ke Pusat Pengurusan Krisis (CMC) dan meminta kerjasama semua pihak terlibat untuk mempertingkat dan memperbaiki pematuhan itu.

Beliau turut menasihatkan peniaga Pasar Borong KL untuk hadir menjalani pemeriksaan kesihatan yang akan diadakan esok.