Pekerja Petron Dungun dijangkiti Covid-19

Kenyataan rasmi oleh Petron Dungun memaklumkan terdapat seorang pekerjanya dijangiiti wabak Covid-19.
Kenyataan rasmi oleh Petron Dungun memaklumkan terdapat seorang pekerjanya dijangiiti wabak Covid-19.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Stesen Petron Dungun menutup sementara operasi bermula hari ini kerana tidak mempunyai kakitangan mencukupi setelah seorang pekerjanya dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Menurut kenyataan itu, penutupan operasi dilakukan kerana semua kakitangan diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan dan perlu dikuarantin selama 14 hari daripada tarikh saringan.

"Bagi menyahut seruan kerajaan untuk zero Covid-19, Petron Dungun akan mula menutup premis bermula 4 April 2020 (hari ini) walaupun kes itu bukan berpunca daripada premis ini," katanya.

Katanya, pekerja berkenaan dijangkiti wabak Covid-19 itu di luar waktu bekerja dan bukan di tempat kerja (Petron).

Sehubungan itu, katanya, pelanggan yang berkunjung ke stesen minyak itu tidak perlu khuatir berkenaan perkara tersebut.

"Pekerja berkenaan disyaki terkena jangkitan kerana mempunyai kontak rapat (close contact) dengan jemaah tabligh berdekatan rumah beliau.

"Oleh itu, pihak Petron Dungun mengambil inisiatif untuk keseluruhan kedai, bangunan, dan pam sebagai langkah pencegahan dan pembersihan.

Artikel Berkaitan:

"Diharap pelanggan yang datang ke stesen minyak Dungun sebelum ini tidak gusar berkenaan perkara itu, " katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi mengesahkan terdapat kakitangan premis berkenaan yang dijangkiti Covid-19.