USM hasilkan cecair pembasmi kuman limau purut

Cecair pembasmi kuman yang dicipta sekumpulan pensyarah USM dengan menggunakan limau purut.
Cecair pembasmi kuman yang dicipta sekumpulan pensyarah USM dengan menggunakan limau purut.
A
A
A

GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif dengan menghasilkan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) menggunakan limau purut.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Dr Amirah Mohd Gazzali berkata, cecair pembasmi kuman itu dilihat unik selain memenuhi standard serta piawaian khusus bagi membunuh virus atau bakteria pada permukaan kulit.

Menurutnya, idea asal untuk menghasilkan cecair pembasmi kuman itu diilhamkan Dekan PPSF, Profesor Dr Habibah A Wahab dan direalisasikan pelbagai pihak termasuk Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Mohamed.

"Umum mengetahui permintaan tinggi terhadap cecair pembasmi kuman khususnya ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 menyebabkan bahan tersebut sukar didapati di pasaran kerana kehabisan stok. Oleh itu, kita mengambil inisiatif untuk memformulasikannya tersendiri.

"Lebih unik, limau purut telah digunakan sebagai bahan wangian dalam formula berkenaan, menjadikan ia berbau lebih segar dan tidak melekit. Cecair pembasmi kuman ini turut dicampur dengan bahan pelembap bagi mengelak kulit kekeringan jika digunakan dengan kerap," katanya dalam kenyataan tadi.

Sekumpulan pensyarah dari PPSF USM untuk menghasilkan cecair pembasmi kuman berasaskan limau purut.
Sekumpulan pensyarah dari PPSF USM untuk menghasilkan cecair pembasmi kuman berasaskan limau purut.

Beliau berkata, cecair pembasmi kuman itu mengandungi 65 peratus alkohol (ethanol) mengikut standard yang diperlukan untuk membunuh virus atau bakteria berdasarkan kajian sedia ada.

"Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha bersama PPSF untuk sama-sama membantu meringankan beban dan keperluan komuniti USM dalam tempoh sukar ini.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan kami terdiri dari lima orang staf akademik, dua kakitangan makmal dan dua pelajar pascasiswazah PPSF.

"Sehingga kini kami telah berjaya menghasilkan lebih 140 liter cecair pembasmi kuman dalam tempoh dua hari untuk diagihkan kepada komuniti USM bagi menggalakkan amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri," katanya.