Jangan bimbang, bantuan cukup: Exco Perak

Bantuan kepada rakyat telah salurkan kepada golongan memerlukan bagi memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan sepanjang tempoh PKP.
Bantuan kepada rakyat telah salurkan kepada golongan memerlukan bagi memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan sepanjang tempoh PKP.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada penduduk yang benar-benar terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti golongan peniaga kecil, penjaja dan pekerja yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana bantuan dan bekalan makanan di negeri ini mencukupi

Exco Kerajaan Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sehingga kini semua bantuan dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan terutama mereka yang terputus bekalan makanan.

"Setakat ini, kita sudah cuba memberi bantuan kali kedua tetapi mungkin ada individu yang tidak tahu saluran untuk meminta bekalan makanan itu selain ada yang tinggal di kawasan terpencil," katanya kepada Sinar Harian.

 Saarani Mohamad
Saarani Mohamad

Dalam pada itu, Saarani berkata, bantuan yang disalurkan juga menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan semua rakyat terjejas menerimanya.

Menurutnya, semua agensi yang terlibat dalam pengagihan sumbangan diselaraskan supaya tiada pertindihan bagi memastikan penerima yang layak tidak terputus bekalan makanan.

"Kita menggerakkan pemimpin akar umbi termasuk ketua cawangan parti dan jawatankuasa masjid mencari nama individu yang memerlukan bantuan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mereka yang benar-benar terdesak boleh memaklumkan kepada penghulu, pengerusi masjid atau pemimpin kampung.

Katanya, ketika ini JKM sedang mengedarkan 1,000 kotak makanan yang disediakan kerajaan negeri di setiap daerah.

Sementara itu, Saarani memberi jaminan bekalan makanan di pasaran masih mencukupi untuk golongan yang mampu membeli sendiri keperluan mereka.

Sebelum ini, kerajaan Perak mengumumkan beberapa inisiatif secara berperingkat bagi membantu rakyat yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP melalui pemberian kotak makanan dengan peruntukan RM1.6 juta.

Selain itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima peruntukan RM40,000 setiap seorang bagi membantu rakyat yang terjejas di kawasan masing-masing.