Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan

KAPIT - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di Sungai Bangkit Katibas, berhampiran Rumah Sebastian Tambi, Nanga Bangkit, Song di sini pada Ahad.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan mangsa Sylvester Jarbis Mesin dilaporkan keluar mandi bersama dua rakannya kira-kira 12.30 tengah hari.
"Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung pada 3.15 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, sebelum dihantar ke Klinik Nanga Bangkit,” menurut kenyataan itu.
JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Song digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh 65 kilometer, termasuk perlu menggunakan perahu untuk tiba. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di Sungai Bangkit Katibas, Song
- Mangsa Sylvester Jarbis Mesin dilaporkan keluar mandi bersama dua rakannya
- Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung
- JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi
- Lokasi kejadian terletak sejauh 65 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Song, perlu menggunakan perahu untuk tiba
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
