Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun

Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, Bintulu. Foto hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, Bintulu. Foto hiasan
A
A
A

SIBU - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, Bintulu, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mayat Tristan Mariss Marissa Erna, 12, ditemukan pada 5.20 petang kira-kira lima meter dari tebing sungai manakala mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Daren Dakun, 13.

"Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka, masing-masing seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipercayai mandi di kawasan air terjun itu kira-kira 2 petang.

"Kedua-dua mangsa kali terakhir dilihat pada 2.30 petang sebelum disyaki lemas,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, Bintulu
  • Rakannya masih hilang
  • Mayat mangsa ditemukan lima meter dari tebing sungai pada 5.20 petang
  • Kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mandi kira-kira 2 petang sebelum kejadian
  • JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!