Lelaki lemas jatuh sungai ketika berbasikal

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui lemas dalam sungai menggunakan pengusung dan tali sebelum dibawa naik ke tebing. - Foto JBPM Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui lemas dalam sungai menggunakan pengusung dan tali sebelum dibawa naik ke tebing. - Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu di sini pada pagi Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh pada jam 8.35 pagi melibatkan mangsa berusia 29 tahun, warga Bangladesh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal mendapati, mangsa dipercayai menaiki basikal sebelum terjatuh ke dalam sungai.

"Mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam di dalam sungai sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari sungai menggunakan pengusung dan tali sebelum dibawa naik ke tebing," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Operasi yang melibatkan seramai 10 anggota bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah EMRS itu tamat pada jam 9.41 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki Bangladesh ditemukan lemas di sungai dekat Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, Ipoh
  • Panggilan kejadian diterima BBP Pasir Puteh pukul 8.35 pagi, mangsa berusia 29 tahun
  • Dipercayai mangsa menaiki basikal sebelum terjatuh ke dalam sungai
  • Mayat ditemui oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba
  • Operasi penyelamatan melibatkan 10 anggota tamat pada jam 9.41 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!