Remaja hilang mandi air terjun ditemukan lemas

Mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Jalan Permata, Kidurong, Bintulu petang Sabtu.
Mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Jalan Permata, Kidurong, Bintulu petang Sabtu.
A
A
A

SIBU - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Jalan Permata, Kidurong, Bintulu petang Sabtu, ditemukan lemas lewat malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat Darren Dakun Paruscrum, 12, ditemukan orang awam pada jam 11.19 malam, kira-kira lima meter dari tebing sungai.

"Selepas menerima panggilan pada jam 11.20 malam daripada orang awam mengenai penemuan itu, bomba bergegas ke lokasi kejadian. Mayat dibawa naik ke tebing oleh penduduk dengan bantuan pasukan bomba sebelum diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut,” menurut JBPM Sarawak dalam satu kenyataan.

Menurut JBPM Sarawak, susulan penemuan itu serta hasil perbincangan dengan agensi terlibat di lokasi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12.33 tengah malam.

Pada jam 2 petang semalam, empat remaja berusia 12 hingga 14 tahun ke lokasi berkenaan untuk mandi, namun dua daripada mereka dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat pada jam 2.30 petang dan disyaki lemas.

Mangsa pertama, Tristan Mariss Marissa Erna, 12, ditemukan lemas oleh pasukan SAR pada jam 5.20 petang, kira-kira lima meter dari tebing pada kedalaman sembilan meter, sebelum diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki hilang ketika mandi di air terjun Sungai Plan Lot dan ditemukan lemas
  • Mayat Darren Dakun Paruscrum, 12, ditemukan oleh orang awam dekat tebing sungai
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan selepas penemuan mayat
  • Empat remaja mandi di lokasi, dua hilang dan disyaki lemas
  • Mangsa lain, Tristan Mariss Marissa Erna, juga ditemukan lemas di kedalaman sembilan meter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!