X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Operasi bazar Ramadan: Perak belum buat keputusan

Ahmad Faizal
A
A

IPOH - Kerajaan Perak masih belum membuat keputusan sama ada bazar Ramadan di negeri ini diteruskan atau sebaliknya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perbincangan akan dilakukan bersama pihak berkepentingan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menentukan status pelaksanaan bazar Ramadan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memikirkan kaedah tertentu supaya peniaga boleh menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan semua yang berkepentingan serta PBT dan mengumumkan kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan perniagaan ketika Ramadan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa negeri telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadan kerana kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.

Antara negeri yang telah membatalkan bazar Ramadan ialah Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!