Angka petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 melonjak ke 138

Dr Noor Hisham Abdullah -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham Abdullah -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Angka petugas kesihatan yang dijangkiti wabak Covid-19 terus melonjak kepada 138 kes berbanding 80 kes sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti lapan punca jangkitan tersebut antaranya 58 kes berkaitan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu hadir di perhimpunan Sri Petaling.

"14 kes berkaitan dengan pesakit servere acute respiratory infection (SARI) dan kes bergejala ringan yang mana mereka tidak tahu atau tidak memaklumkan statusnya.

"Dua kes daripada kumpulan ini tidak memaklumkan yang mereka telah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sembilan kes berpunca daripada kontak dengan ahli keluarga yang positif Covid-19 manakala enam mempunyai sejarah ke luar negara.

Beliau berkata, empat kes mendapat jangkitan daripada rakan yang positif manakala tiga lagi dijangkiti daripada pendedahan semasa aktiviti saringan di lapangan.

Katanya, dua kes melibatkan petugas kesihatan yang hadir pada perhimpunan di Sri Petaling manakala punca jangkitan baki 42 kes lagi masih dalam siasatan.

"Tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes disahkan positif dari wad atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

Artikel Berkaitan:

"Semua anggota kesihatan dan barisan hadapan termasuk pengamal perubatan swasta dan yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung dan mulut," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihati agar jujur ketika mendapatkan rawatan.

"Jelaskan secara jujur mengenai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, kehadiran ke mana-mana perhimpunan dan sejarah perjalanan ke luar negara," katanya.