Mengaku bujang, rupanya suami orang

Pasangan itu disoal siasat pegawai JAIM yang menjalankan pemeriksaan
Pasangan itu disoal siasat pegawai JAIM yang menjalankan pemeriksaan
A
A
A

MELAKA - Sudah beristeri namun mengaku bujang ketika ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita pada bulan Ramadan.

Perbuatan itu terbongkar ketika serbuan awal pagi dijalankan oleh sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel di sini.

Ketika ditanya status hubungan, pasangan berkenaan masing-masing mengaku bujang, dengan lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia sudah bercerai.

Pasangan itu dibawa ke JAIM untuk proses siasatan selanjutnya.
Pasangan itu dibawa ke JAIM untuk proses siasatan selanjutnya.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat, didapati lelaki berkenaan masih berstatus suami orang.

“Semakan mendapati suspek tiada apa-apa hubungan sah dan bukan suami isteri.

“Mereka ditahan di bawah kesalahan Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka kerana berkurung yang mendatangkan syak,” menurut keterangan pegawai penguat kuasa bertugas JAIM seperti dikongsikan di media sosial mereka.

Pasangan itu kemudian dibawa ke JAIM untuk proses selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki sudah beristeri mengaku bujang berduaan dengan wanita di hotel semasa Ramadan
  • Tertangkap oleh anggota Jabatan Agama Islam Melaka dalam serbuan awal pagi
  • Mengaku bercerai padahal masih suami orang setelah semakan dibuat
  • Pasangan tidak memiliki hubungan sah dan ditahan di bawah seksyen 53 Enakmen Syariah Melaka
  • Dibawa ke JAIM untuk proses selanjutnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!