Sanggup bakar rumah orang tua kerana tak dapat beli motor

Sebuah rumah terbakar di Kampung Sukaraja daerah Cianjur. -Foto Kompas
Sebuah rumah terbakar di Kampung Sukaraja daerah Cianjur. -Foto Kompas
A
A
A

JAWA BARAT - Seorang anak sanggup membakar rumah milik orang tuanya selepas kecewa tidak diberi wang untuk membeli sebuah motosikal.

Menerusi laporan Kompas, lelaki berusia 26 tahun dari kampung Sukaraja daerah Cianjur ditahan polis sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Cianjur, Ipda Ade Novi berkata, dari pemeriksaan dilakukan, lelaki itu nekad membakar rumah yang dimiliki oleh ibu bapanya kerana dia mengaku kecewa.

"Hasil siasatan mendapati lelaki itu kecewa kerana ibu bapanya tidak tunaikan kehendaknya membeli motosikal hingga bertindak di luar batasan membakar rumah itu.

"Kerugian dianggarkan ribuan ringgit namun tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: