Keletah lucu warga Bangladesh menari tepi jalan curi perhatian

Gelagat menghiburkan dua lelaki Bangladesh merakam aksi tarian ala video muzik filem Tamil yang tular di TikTok.
Gelagat menghiburkan dua lelaki Bangladesh merakam aksi tarian ala video muzik filem Tamil yang tular di TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM - Keletah lucu dua lelaki warga asing yang dipercayai berasal dari Bangladesh merakam aksi mereka menari ala video muzik filem Tamil mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian dua rakaman video di TikTok @farhanfared, kedua-dua lelaki itu dilihat bergilir-gilir menari secara spontan di kaki lima tepi jalan.

Dalam salah satu video itu, salah seorang lelaki terbabit yang berbaju merah menari mengikut rentak lagu sambil aksinya dirakam rakannya dipercayai untuk kandungan TikTok.

Meskipun ketika itu turut kelihatan beberapa orang awam lalu lalang di kawasan tersebut namun ia tidak menganggu kedua-dua lelaki itu untuk berbuat demikan.

Video lelaki berbaju merah menari tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Isnin tular apabila ditonton lebih 2.1 juta kali, menerima 2,199 komen dan 99,200 tanda suka setakat ja, 5.30 petang Selasa.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen mengakui terhibur dengan gelagat kedua-dua lelaki itu yang asyik menari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling selain ada juga meluahkan perasaan kurang senang dengan perbuatan tersebut.

“Semua orang pun layak bahagia, bahagia itu sederhana,” komen Cinderella.

Yuyu pula berkata, dia dan suaminya pernah melihat aksi sebegitu di hadapan mata sendiri di hadapan sebuah pasar raya di Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

“Hari tu kat Shah Alam depan Mydin, saya dan suami gelak atas motor (motosikal), terus lupa nak beli apa. Melompat (mereka) joget). Nak rakam tapi telefon bimbit tak bawa,” ujarnya.

Kongsi Mar pula, dia melihat gelagat yang sama di bahagian jualan sayur di sebuah pasar raya besar.

“Semalam dekat Zemart, bahagian sayur depan mata, orang sibuk nak pilih sayur dia sibuk ramai-ramai buat TikTok...ayooo,” tulisnya diikuti emoji ketawa.