Tuan rumah dari 'syurga'

Aznieha memuat naik tangkap layar dari aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang tuan rumah memaklumkan kepada penyewanya untuk tidak membuat sebarang bayaran sewa rumah atau bilik selama dua bulan.
Foto: Facebook @Aznieha Khamis
Aznieha memuat naik tangkap layar dari aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang tuan rumah memaklumkan kepada penyewanya untuk tidak membuat sebarang bayaran sewa rumah atau bilik selama dua bulan. Foto: Facebook @Aznieha Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak semua penyewa ‘dianugerahkan’ dengan tuan rumah prihatin terhadap keperluan kewangan penyewanya untuk mengutamakan sesuatu perkara yang lebih penting.

Seorang pengguna media sosial, Facebook @Aznieha Khamis memuat naik satu hantaran yang menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan tuan rumah yang baik hati.

“Tuan rumah dari Syurga. Setiap kali perayaan dan puasa, dia akan kecualikan bayaran sewa rumah kepada penyewa-penyewa.

“Bukan satu ya, rumah sewa dia hampir xx buah. Dia datin yang merendah diri. Siapa dia, biarlah menjadi rahsia,” tulisnya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Aznieha turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan tuan rumah berkenaan memaklumkan kepada penyewanya untuk tidak membuat bayaran sewa rumah atau bilik selama dua bulan bermula Mac.

Kata tuan rumah itu, wang untuk bayaran sewa berkenaan boleh digunakan untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak dan raya.

“Assalamualaikum kepada semua penyewa-penyewa rumah dan bilik saya, untuk bulan ini dan bulan depan, tiada dikenakan bayaran sewa bagi memberi laluan kepada awak semua membuat persiapan anak naik sekolah dan persiapan raya,” kata tuan rumah berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan wanita itu kerana sanggup mengecualikan bayaran sewa semata-mata untuk membantu penyewanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut pengguna Facebook @Elly bt Ahmad menzahirkan rasa syukur kerana masih ada orang yang memiliki keperibadian mulia kerana memahami kesusahan orang lain.

“Alhamdulillah. Baik budi, semoga mendapat balasan yang baik juga,” tulis @Nur Tia.

“ALLAH. Mulianya hati beliau. Moga ALLAH pelihara orang baik-baik macam ni,” kata Nazrin Abdul Azizi.